Entah apa kehal zannie sejak hari jumaat lagi.
Memulanya dari sedara yang mempertikaikan zannie masuk kelaslah ari tu. Start dari tu, mood jadik geram sikit dan semuanya kelam kabut. Petang tu, mak lak mintak buatkan kek lapis sarawak untuk abang. Nak siap sebelum hari selasa, so zannie conggak, sempat lagik nak nak buat hujung minggu ni. Selalunya zannie akan susun bahan dalam loyang sebelum buat kek. nak make sure semua bahan ada. bongkar, selongkar, tepung hong kong tak ada. tepung top ngan superfine tak ada. Ovalette pun tak ada. Perasan zannie, zannie ada beli banyak 2, 3 minggu lepas. Dah habis kot.. kenalah beli lagi. Sekali tengok jam.. alamak dah pukul 6.30 pm. Kedai dah tutup. Try gak Giant. Hmm... tak ada jual lah pulak. Tak apa... besok ajerlah beli.
Besok? hahaha punyalah aku melilau gi satu kedai ke satu kedai. TUTUP. Lupa lak hari tu Hari cuti awam. Adeii!! dahlah make-up nak gi rumah org kawen cair. kedai lak tutup. Tensyen betul.
Lepas gi rumah org kawen, mak aku lak tambah tensen. Dia nak jugak ikut gi hantar adik aku gi kelas cupcake kat rumah nina sweetlilly. adei.. aku plan nak hantar dia balik rumah pas tu hantar adik aku gi kelas. pas tu aku tunggulah dia sampai habis. Dah terpaksa zannie pergi balik pergi balik. Satu kerja betul.
Malam tu lak..... tensyen bertambah. Actuallynya, hari sebelumnya, birthday mak. So kitorg gi lah makan seafood kat Damai Seafood, kg Danga tempat kitorg selalu makan dulu. Hampeh tul. Tak sedap langsung. Udang dia tak fresh, benyek. Ikan tiga rasa dah jadik ikan Kicap. Memang tak mo rekomen makan kat situ. Bila tanya budak kat situ, dah tukar tokey ke? diorang jawab, tak, orang sama jugak. Tapi bila besoknya, kawan aku bagitahu, memang dah tukar orang. So tak payahlah pergi situ lagi.
Ikan Kerapu tiga kicap
Ayam berenang dalam minyak berperisa lemon
Ingatkan hari ahad, tak tensen lagi. leh buat kek. so pagi tu, on the way pergi kelas kek, tanamlah harapan kedai bukak n dapat buat kek hari tu... hmmm harapan tinggal harapan. Semua kedai TUTUP.
Entah apa mimpi semalam, bila bangun pagi ni, terus menuju kat satu cabinet kat dapur ni. Bukak-bukak.... arghhhh terjumpa satu beg plastik besar berisi, 3 kilo tepung hong kong, 3 kilo tepung superfine, 3 kilo tepung top dan satu ovalette. Geram tak? Rupa-rupanya maid gi letak tempat lain. dan dia pun terlupa.
So apa lagik, keluarkan butter, siapkan bahan. Plan hari ni nak buat kek buah kukus, chocolate brownies, lapis asam manis dan satu lapis sarawak (Nama lupa). Start buat tengahari sikit sebab gas boleh pulak habis.
Mula-mula dah ayak the tepungs untuk kek buah tu. Tapi bila tengah pukul butter, cikgu ngaji budak-budak pulak datang. Terpaksa stop sbb cikgu tu datang nak buat deal kelas ngaji. Baru nak mula kelas ngaji budak budak ni. Tak baikkann kalau tak stop. So bila cikgu tu dah balik, zannie sambunglah balik. sekali..... bila dah campur sebati butter dengan tepung, bila nak ambik gula dalam loyang untuk buat gula hangus, baru perasan.. TELUR! alamak lupa masuk telur! Try talipon cikgu Azie. Nak buat talian hayat Tunjuk Ajar ku Sifu.... tapi dia tak angkat pulak. Malas nak kacau dia. So.... zannie pecahkan semua telur dalam mangkuk, pukul sampai kembang, pas tu masuk mixer balik.
Jadik ke? hahahah Of course lah TAK JADIK!
Nasib baik chocolate brownies zannie jadik. Zannie pakai walnut. Rupa-rupanya walnut tak perlu bakar macam almond flakes. Nasib baik rasa dulu sebelum masuk dalam adunan.
nah... ni brownies zannie yang berjaya gak di buat. Nak order? RM45 sahaja.
Kenapa separuh lain tu sbb, neneknya suka kacang dan cucunya tak suka kacang. Tu yang jadik macam tu.
Kek yang lain tak jadik buat coz kaca alas meja makan rumah zannie retak dan sejam kemudian terbelah sebelum buat kek lapis tu. So kiranya terbantut gak nak siapkan hari ni... hmmm
Mungkin besok balik kerja nak try buat jugaklah.


1 comment:
Salam Zannie....sungguh mencabar 'Bad Baking Day' anda...apa pun, brownies tu nampak sangat menyelerakan...
Post a Comment