28 May 2009

Berbaloi ke?

Ada kawan-kawan yang tahu yang zannie ni giat masuk kelas. hehehe kelas dapur....



Ada jugak yang bertanya berbaloi ke masuk kelas ni? Pada zannie memang berbaloi. so masa hari guru hari tu, memang diorang tahu berbaloi atau tidak. memang berbaloi bila zannie buat kek dan cupcakes sendiri. hasil tangan sendiri. The kids pun rasa seronok bila dapat kasi kat cikgu-cikgu diorang hasil dari dapur sendir. Yang paling best bila semua penerima kata... SEDAP!

Sekolah my son sambut hari guru awal sehari, 15 Mei. So buat untuk dia dulu. Tapi kira nasib baik sebab tak lah teruk sangat nak buat semua sekali gus.



Tiap guru dapat satu cup cake ni. Dek kerana malas nak bancuh buttercream, siram ganache ajer kat atas.




















Pas tu buat coklat (belajar dari nina sweetlilly pasir gudang). Coklat ni buat sekali ngan untuk the sister coz senang buat sekali gus. Sebabnya, pembuatnya gila beli acuan buat coklat. Jumpa ajer beli, jumpa ajer yang cute sikit, beli. so senang buat banyak banyak. heheh alasannn...




Tiap cikgu akan dapat macam ni... satu cupcake, coklat dan err pasu.




dan beginilah reaksi si pemberi....



hari ahad pulak buat untuk the sister. Dia nak yang sama jugak. Cupcake, coklat dan pasu dalam paper beg. Nasib baik hari tu beli banyak. Ngam ngam ajer jumlah. 15 cikgu sorang.



Part tambah-tambah sprinkles tu dia buat sendiri.



Sebenarnya hari Ahad tu penat jugaklah buat cupcakes sebab lepas buat untuk the sister, zannie buat cupcake untuk my staffs. Kasi cupcakes ngan coklat ajer. berapa banyak? Kiralah sendiri ya.





Tapi memang suka betullah dengan plastik letak cupcake ni. Tonggeng terbalik dia pun, cupcake kita tak jatuh kena penutup. Jadik decoration kita tak lerr sememeh


so... berbaloi ke belajar mahal mahal ni? (Mahal ker?)

Jawapannya ialah......

Memang Berbaloi!

12 May 2009

OOHHH.. KISAHNYA....

Sebenarnya, manusia yang bernama zannie ni memang tak brapa minat nak memasak, membuat kek, roti, dan sebagainya. Tapi tu dulu larr.. sekarang ni rasa macam terjebak pulak. naik ketagih lak.





penyebabnya ialahhh...






budak ni




budak ni punyalah cerewet makan. bukannya dia nak makan yang sedap sedap. tapi asyik nak makan makanan yg simple. nasi dengan tak der kuah ngan ayam. Nasi, Sup dan Ayam. sometimes ikan kering atau fish ball atau nugget. itu ajer. oh ya lupa, laksa kosong.




so bila dia dah mula nak makan something yg lain, mak dia punyalah gembira. so nak dijadikan cerita, dia boleh lak tersuka makan muffin. and get bored few months later. but before that dia mintak ibu dia buat muffin or cupcakes kat rumah sbb dia ada buat kat skolah dia. since memang dah ada oven kat rumah, ibu dia terpaksalah selak resepi, selongkar loyang, senduk, and buat untuk dia. lepas tu tiap weekends mesti kena buat.






One day tanya kat dia, sedap tak ibu punya cupcake? dia leh jawab, sedap tapi ibu decorate larr. Bila bagitau dia, ibu dia tak pandai, dia jawab dengan suka hati.... "ibu tak tahu ke? ibu pergilah belajar. cikgu ibu boleh ajar anything aper?" adoiii.. hmm kenalah carik cikgu.




sejak itu setelah godeh godeh internet, bermulalah ibu dia blajar decorate cupcake ngan eyna sweet ummi muffin kat muffindummi.blogspot.com . tak der lah blajar kat internet. blajar kat rumah dia.





Kat bawah ni hasil dari kelas tu. Ok tak?















dan sejak dari tu... bermulalah zannie gi kelas kelas kek mengekek ni. (hehehe ada ke perkataan ni?)













nota kaki: susah jugak nak upload gambar ni. rupa-rupanya lebih senang upload gambar dulu baru reka cipta cerita.
















01 May 2009