21 June 2009

Yes! Jadik!

Jap eh... sebelum mula cerita, nak halau spider spider kat sini ni. Dah besawang betul blog ni. Apa taknya, dah dekat 2 minggu tak update sejak gi bercuti. Cuti hanya seminggu, tambah cuti malas, seminggu. kesian korang dok click masuk blog tak berupdate ni. Click, click jumpa labah-labah buat sawang aje.
( eh, betul ke nama spider web tu sawang?)


Ada jugak yang tanya pasal kek buah tu apa cerita? Buat ke tidak? jadi ke tidak?
Jawapannya ialah.... JADIK!
.
.
.
dan hampir jugak tak jadi pasal hampir lupa masuk telur. Entah apa dengki telur-telur tu kat zannie pun tak tahulah. Rasanya tak pernahlah aniaya telur dalam hidup ni. Pecah telur pun dengan sopan santun ajer.. ada ke?
.
.
.
.
Tapi hari tu, Balik ajer kerja, tak tukar baju terus masuk dapur. Ambik telur dulu. Lepas geram punya pasal. Ya lahh. geram sangat sampai tak tidur malam tu tau! nasib baik jadik. Sambil tunggu 4 jam tu, zannie buatlah kek lapis serawak asam manis. Kek lapis siap, kek kukus pun siap. Dan nasib baik jadik. Huhhh leganya ya amat!
..
.
.
.
.
.
Tadaaa... inilah kek buah kukus yang telah berjaya dihasilkan.
satu,

dua!

tiga



dan empat, dah malas ambik gambar dah.
.
.
.
Memang senang buat kek ni. Bancuh-bancuh, godak-godak, masuk dalam kukus, dah... relax 4 jam.
.
.
.
.
Tapi tak lar zannie buat empat-empat kek tu dalam satu hari. 4 Hari yang berbeza. Boleh patah whisk zannie kalau buat satu hari. (Cheh! Tak mo ngaku tangan lembik tak larat)
.
.
.
.
.
Kek-kek tu dah pun selamat sampai ke...
1. Bandung (mak bawak)
2. Kuala Lumpur (uncle)
3. Ipoh
4. Penang (abang)
Semuanya (kecuali yang ke Bandung) dibungkus dalam kotak ni.

Cantik tak? Berbunga-bunga wajah penerima bila dapat. Mana taknya gembira bila dapat kek FREE!

Ni kek lapis serawak asam manis. Gambar kek penuh lupa ambik. dah lepas hantar mak gi airport baru teringat. Ini pun gambar lapisan tepi tu. Tak apelah. Kira macam pelakon stand-in, Tak dapat gambar kek penuh, tepi-tepi pun jadik lar untuk jadik model.

Lepas bertungkus lumus bersilat dengan kek, malam tu balik dari airport, kitorang berrelax-relax pergi Bazar JB kat Sungai Segget. First time pergi situ. Best jugak lah. Macam-macam ada jual. Baru? lama? semua ada.




Masa Zannie amik gambar ni, ada jugak peniaga yang tunjuk muka cuak. Agaknya diorang ingat zannie ni penguat kuasa mana lah... adei.. aku tak kuasa ada larr! hehehe
.
.
.
.
.
Kat sini ada jugak orang yang jual kek. Kek lapis serawak pun ada. Tapi zannie tak ambik kisah sangat. Biasalah.. sejak sejak dah pandai buat kek, kek-kek lain sekarang pandang sipi-sipi ajer... amboiii... tak sedar diri!

08 June 2009

Bad baking day!

Korang pernah dengar istilah "Bad hair day"? Zannie lak kena bad baking day!

Entah apa kehal zannie sejak hari jumaat lagi.

Memulanya dari sedara yang mempertikaikan zannie masuk kelaslah ari tu. Start dari tu, mood jadik geram sikit dan semuanya kelam kabut. Petang tu, mak lak mintak buatkan kek lapis sarawak untuk abang. Nak siap sebelum hari selasa, so zannie conggak, sempat lagik nak nak buat hujung minggu ni. Selalunya zannie akan susun bahan dalam loyang sebelum buat kek. nak make sure semua bahan ada. bongkar, selongkar, tepung hong kong tak ada. tepung top ngan superfine tak ada. Ovalette pun tak ada. Perasan zannie, zannie ada beli banyak 2, 3 minggu lepas. Dah habis kot.. kenalah beli lagi. Sekali tengok jam.. alamak dah pukul 6.30 pm. Kedai dah tutup. Try gak Giant. Hmm... tak ada jual lah pulak. Tak apa... besok ajerlah beli.

Besok? hahaha punyalah aku melilau gi satu kedai ke satu kedai. TUTUP. Lupa lak hari tu Hari cuti awam. Adeii!! dahlah make-up nak gi rumah org kawen cair. kedai lak tutup. Tensyen betul.

Lepas gi rumah org kawen, mak aku lak tambah tensen. Dia nak jugak ikut gi hantar adik aku gi kelas cupcake kat rumah nina sweetlilly. adei.. aku plan nak hantar dia balik rumah pas tu hantar adik aku gi kelas. pas tu aku tunggulah dia sampai habis. Dah terpaksa zannie pergi balik pergi balik. Satu kerja betul.

Malam tu lak..... tensyen bertambah. Actuallynya, hari sebelumnya, birthday mak. So kitorg gi lah makan seafood kat Damai Seafood, kg Danga tempat kitorg selalu makan dulu. Hampeh tul. Tak sedap langsung. Udang dia tak fresh, benyek. Ikan tiga rasa dah jadik ikan Kicap. Memang tak mo rekomen makan kat situ. Bila tanya budak kat situ, dah tukar tokey ke? diorang jawab, tak, orang sama jugak. Tapi bila besoknya, kawan aku bagitahu, memang dah tukar orang. So tak payahlah pergi situ lagi.

Ikan Kerapu tiga kicap

Ayam berenang dalam minyak berperisa lemon


Ingatkan hari ahad, tak tensen lagi. leh buat kek. so pagi tu, on the way pergi kelas kek, tanamlah harapan kedai bukak n dapat buat kek hari tu... hmmm harapan tinggal harapan. Semua kedai TUTUP.


Entah apa mimpi semalam, bila bangun pagi ni, terus menuju kat satu cabinet kat dapur ni. Bukak-bukak.... arghhhh terjumpa satu beg plastik besar berisi, 3 kilo tepung hong kong, 3 kilo tepung superfine, 3 kilo tepung top dan satu ovalette. Geram tak? Rupa-rupanya maid gi letak tempat lain. dan dia pun terlupa.


So apa lagik, keluarkan butter, siapkan bahan. Plan hari ni nak buat kek buah kukus, chocolate brownies, lapis asam manis dan satu lapis sarawak (Nama lupa). Start buat tengahari sikit sebab gas boleh pulak habis.


Mula-mula dah ayak the tepungs untuk kek buah tu. Tapi bila tengah pukul butter, cikgu ngaji budak-budak pulak datang. Terpaksa stop sbb cikgu tu datang nak buat deal kelas ngaji. Baru nak mula kelas ngaji budak budak ni. Tak baikkann kalau tak stop. So bila cikgu tu dah balik, zannie sambunglah balik. sekali..... bila dah campur sebati butter dengan tepung, bila nak ambik gula dalam loyang untuk buat gula hangus, baru perasan.. TELUR! alamak lupa masuk telur! Try talipon cikgu Azie. Nak buat talian hayat Tunjuk Ajar ku Sifu.... tapi dia tak angkat pulak. Malas nak kacau dia. So.... zannie pecahkan semua telur dalam mangkuk, pukul sampai kembang, pas tu masuk mixer balik.

Jadik ke? hahahah Of course lah TAK JADIK!

Nasib baik chocolate brownies zannie jadik. Zannie pakai walnut. Rupa-rupanya walnut tak perlu bakar macam almond flakes. Nasib baik rasa dulu sebelum masuk dalam adunan.






nah... ni brownies zannie yang berjaya gak di buat. Nak order? RM45 sahaja.

Kenapa separuh lain tu sbb, neneknya suka kacang dan cucunya tak suka kacang. Tu yang jadik macam tu.

Kek yang lain tak jadik buat coz kaca alas meja makan rumah zannie retak dan sejam kemudian terbelah sebelum buat kek lapis tu. So kiranya terbantut gak nak siapkan hari ni... hmmm

Mungkin besok balik kerja nak try buat jugaklah.





05 June 2009

banyak tak banyak... suka hati aku lerr...

Tadi masa orang lelaki sebuk gi sembahyang jumaat (Istilah mamat aku.. gi chop pasport! hehehe) aku ngan budak budak gi marathon nengok wayang. Orang lelaki masuk masjid, kitorang masuk panggung! boleh gitu?

Memula kitorang gi nengok citer Hannah Montana. BEST! Yang lagi best, ada tiga group ajer yang nengok citer tu masa tu. Group kitorang, then satu family cina 3 orang kat sebelah sana, pas tu satu couple cina kat blakang. Orang lain gi sembahyang jumaat kot....

Actually kitorang memang dah ada CD lagu-lagu dalam citer tu. Bebudak ni kalau naik keter zannie, sure terus main CD tu. So, dek kerana kitorang dah memang hafal, and panggung tu pun tak ada orang, so kitorang pun bantai nyanyi lerr bila ada part lagu. Anak aku siap leh joget steps (Blajar dari youtube) lagu `Hoedown' kat tangga. Zannie buat sambil duduk ajer larr.. Control sikit babe.. Memang kitorang leh label "ini panggung bapak aku yang punya!"... Dulik apa aku.

Habis ajer citer tu... terus lari gi hall lain. Tiket memang dah beli. Haaa citer yang ni kitorang kena sopan sikit. satu, pasal panggung dia ramai orang sikit. Dua, citer ni ada sikit alim.. almaklumlah nengok citer 'Syurga Cinta'. Nak gelak pun kena baca Bismillah!

Tapi best lerr dua-dua citer tu. Korang gi lah nengok especially citer 'Syurga Cinta'. Tangkap leleh! Tak caya? Tanyalah mamat yang duduk belakang kitorang. Nangis sedu sedan, siap berlagu lagik! Agaknya kira taubat jugak ler tu.

Ehhh... citer pasal nengok wayang, apa yang banyak tak banyak tu?

Sebenarnya, bila zannie balik rumah lepas berhempas pulas nengok wayang.... rupa-rupanya ada sedara yang datang rumah. Dia tanya apasal tak pergi hujung minggu ajer. Zannie jawab, sekarang ni budak2 cuti skolah. Pas tu sabtu the sister ada kelas cupcake ngan sweetlilly. Then Ahad, aku lak ada kelas kek ngan Azie. Minggu depan dah nak gi holiday. Mana ada hari lain.

Dia terus bertanya lagi,(Heheh macam tulis karangan skolah lak) "Tak cukup-cukup ke gi kelas? kalau dah gi sekali sudahlah!"

Entahlah, bagi zannie , tak salah pergi kelas ni. Walaupun jenis kelas yang sama, dari cikgu lain-lain. Tak semua orang tu sama. Mungkin satu tu teknik dia lain. Satu lagi resepi dia lain. Mungkin yang ini lebih senang tang itu. Yang itu lebih cantik tang ini. Kita ambik semua. ceduk situ, sini, mungkin jadik yang lebih baik dan lebih mudah. tak gitu? Ada orang suka ikut satu cikgu. mana cikgu tu pergi, dia masuk kelas cikgu tu atau dia akan masuk kelas satu cikgu tu ajer. Tapi pada zannie, banyak cikgu pun tak apa jugak kannn?

Contohnya kelas kek lapis, zannie dah blajar dari 3 orang cikgu. Memula blajar kek lapis sarawak ngan chef Asma. Pastu blajar kek lapis ngan Cikgu Azie.(Terbalik kann? patutnya blajar kek lapis dulu baru blajar lapis Sarawak) Last sekali blajar kek lapis sarawak ngan Nina Sweetlilly. Tiga-tiga cikgu tu ajar cara lain-lain. Resepi pun lain lain sikit. Dan tak semua resepi zannie suka buat. Now, zannie hanya buat benji roll sarawak blajar dari chef Asma, Lapis rempah blajar dari Cikgu Azie dan Lapis puncak kasih dan roll lapis sarawak blajar dari cikgu Nina. So.. tak salahkann blajar dari lebih dari satu cikgu?

So far, zannie dah blajar...

pau, cheese brownies dengan chef zubaidah
deco cupcake dengan eyna muffin ummi
buat coklat ngan nina sweetlilly
buat roti ngan chef Daniel
Deco cake (whipping cream dan coklat) ngan Andy Tan
Steam buttercream ngan Azie
Kek lapis Sarawak ngan Chef Asma
Puding hantaran (Berbunga) ngan Cikgu Azie
Kek lapis ngan Cikgu Azie
Kelas Kek dan Pastry ngan cikgu yusnita dan cikgu hilmi
kelas lapis sarawak ngan cikgu nina sweetlilly
kelas tart ngan cikgu Norizan (Ini kira rezeki sangat, kebetulan gi kedai tu and dpt tahu ada kelas ptg tu)




wahhh! Bila dah susun mcm ni, dah sedozen kelas zannie masuk! Ini pun ada 2 kelas lagi yang menunggu. Zannie sebenarnya lebih suka kelas yang hands-on daripada yang demo ajer. (Kalau demo yang kasi kita tolong buat sikit-sikit tu kira ok gak)Tak apalah bayar lebih sikit, tapi bila kita buat sendiri, maknanya kita dah mempraktikkannya. Kita dah tahu macam mana nak buat. Kebanyakkannya, zannie balajr kat rumah diorang, csiang, perling indah, tampoi indah dan KKPG. Alahai, terpromosi lak kat diorng. Alaaa tak apa kita share share info.

Kalau korang nak blajar apa yang zannie dah blajar ni? Pandai-pandailah korang cari website diorang eh. Zannie pun mula mula cari pun dari internet gak.


Ini kelas pertama yang zannie hadiri. Duduk blakang ajer masa tu.

02 June 2009

mothers' day

Ni nak tayang kek Mothers' Day yang zannie buat arie tu. Takut lambat-lambat masuk blog karang teroverlap pulak dengan father's day. Haru nanti. leh gaduh mak bapak kang. Hehehe. Lagi naya kalau termasuk mothers' day tahun depan. Ishk, ishk, ishk.

so... dipersembahkan


Kek ni hasil teknik belajar dari 3 cikgu. Tamak tul!




Bunga rose tu semua zannie buat tak pakai cone tau!

Pakai ...(rahsia)...... ajer.


Apa-apa pun... signature mesti ada. Zannie ada baca, hias kek ni macam lukis gambar. So, Zannie sign mcm pelukis kat gambar. Tapi melampaulah kann kalau sign nama. So guna rose!

?

Errr sebijik ajer kek? Ha ah, sebijik ajer. coz masih takut nak amik tempahan banyak-banyak. takut tak mencapai tahap piawaian. Ini pun diterima dari orang yang zannie memang sure tak banyak komplen.

Yang bestnya, minggu lepas tu dia order lagi pasal dia kata anak dia tak puas makan. Thanks anyway kak Tim.

28 May 2009

Berbaloi ke?

Ada kawan-kawan yang tahu yang zannie ni giat masuk kelas. hehehe kelas dapur....



Ada jugak yang bertanya berbaloi ke masuk kelas ni? Pada zannie memang berbaloi. so masa hari guru hari tu, memang diorang tahu berbaloi atau tidak. memang berbaloi bila zannie buat kek dan cupcakes sendiri. hasil tangan sendiri. The kids pun rasa seronok bila dapat kasi kat cikgu-cikgu diorang hasil dari dapur sendir. Yang paling best bila semua penerima kata... SEDAP!

Sekolah my son sambut hari guru awal sehari, 15 Mei. So buat untuk dia dulu. Tapi kira nasib baik sebab tak lah teruk sangat nak buat semua sekali gus.



Tiap guru dapat satu cup cake ni. Dek kerana malas nak bancuh buttercream, siram ganache ajer kat atas.




















Pas tu buat coklat (belajar dari nina sweetlilly pasir gudang). Coklat ni buat sekali ngan untuk the sister coz senang buat sekali gus. Sebabnya, pembuatnya gila beli acuan buat coklat. Jumpa ajer beli, jumpa ajer yang cute sikit, beli. so senang buat banyak banyak. heheh alasannn...




Tiap cikgu akan dapat macam ni... satu cupcake, coklat dan err pasu.




dan beginilah reaksi si pemberi....



hari ahad pulak buat untuk the sister. Dia nak yang sama jugak. Cupcake, coklat dan pasu dalam paper beg. Nasib baik hari tu beli banyak. Ngam ngam ajer jumlah. 15 cikgu sorang.



Part tambah-tambah sprinkles tu dia buat sendiri.



Sebenarnya hari Ahad tu penat jugaklah buat cupcakes sebab lepas buat untuk the sister, zannie buat cupcake untuk my staffs. Kasi cupcakes ngan coklat ajer. berapa banyak? Kiralah sendiri ya.





Tapi memang suka betullah dengan plastik letak cupcake ni. Tonggeng terbalik dia pun, cupcake kita tak jatuh kena penutup. Jadik decoration kita tak lerr sememeh


so... berbaloi ke belajar mahal mahal ni? (Mahal ker?)

Jawapannya ialah......

Memang Berbaloi!

12 May 2009

OOHHH.. KISAHNYA....

Sebenarnya, manusia yang bernama zannie ni memang tak brapa minat nak memasak, membuat kek, roti, dan sebagainya. Tapi tu dulu larr.. sekarang ni rasa macam terjebak pulak. naik ketagih lak.





penyebabnya ialahhh...






budak ni




budak ni punyalah cerewet makan. bukannya dia nak makan yang sedap sedap. tapi asyik nak makan makanan yg simple. nasi dengan tak der kuah ngan ayam. Nasi, Sup dan Ayam. sometimes ikan kering atau fish ball atau nugget. itu ajer. oh ya lupa, laksa kosong.




so bila dia dah mula nak makan something yg lain, mak dia punyalah gembira. so nak dijadikan cerita, dia boleh lak tersuka makan muffin. and get bored few months later. but before that dia mintak ibu dia buat muffin or cupcakes kat rumah sbb dia ada buat kat skolah dia. since memang dah ada oven kat rumah, ibu dia terpaksalah selak resepi, selongkar loyang, senduk, and buat untuk dia. lepas tu tiap weekends mesti kena buat.






One day tanya kat dia, sedap tak ibu punya cupcake? dia leh jawab, sedap tapi ibu decorate larr. Bila bagitau dia, ibu dia tak pandai, dia jawab dengan suka hati.... "ibu tak tahu ke? ibu pergilah belajar. cikgu ibu boleh ajar anything aper?" adoiii.. hmm kenalah carik cikgu.




sejak itu setelah godeh godeh internet, bermulalah ibu dia blajar decorate cupcake ngan eyna sweet ummi muffin kat muffindummi.blogspot.com . tak der lah blajar kat internet. blajar kat rumah dia.





Kat bawah ni hasil dari kelas tu. Ok tak?















dan sejak dari tu... bermulalah zannie gi kelas kelas kek mengekek ni. (hehehe ada ke perkataan ni?)













nota kaki: susah jugak nak upload gambar ni. rupa-rupanya lebih senang upload gambar dulu baru reka cipta cerita.
















01 May 2009